Wednesday, October 2, 2013

Wednesday, July 17, 2013

Quranpedia dan "I OK" Asas Kepada Ekonomi Tambah-Nilai Dunia

Pengkaji/pengarang: Khalid Yong - Quranalyst       akhalidyong@gmail.com

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana maseh diberi masa, ruang dan peluang untuk kita semua sama-sama mengkaji kitab yang maha agung, yang maha hebat, kitab Al-Quran yang lebih baik dari segala-gala kitab samada yang sedang mahupun yang akan dikarang oleh manusia dan jin (Al-Quran Yunus 10:58). Marilah kita bersatu dan kembali ke jalan Allah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.



Marilah kita berselawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, sekalian nabi dan rasul, para sahabat dan para tabiin, juga kepada seluruh pejuang Islam, para alim-ulama, dan seluruh muslimin/muslimat dan mukminin/mukminat. 

Dengan izin Allah SWT kita berjumpa lagi dalam siri "Kajian Al-Quran dan ICT", iaitu mengkaji ayat Quran dengan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) seperti yang dikahendakki Allah SWT iaitu menggunakan konsep tasrif (Al-An'am 6:65). QbQ adalah rekersif antara ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyaabihat seperti yang dikahendakki pada ayat-ayat 3:7, 11:1, dan 39:23. Ianya satu metod yang amat luarbiasa, "very powerful", dan sesiapa yang berakal waras akan terpegun dan terpesona dengan kecanggihan metod QbQ ini. Masyaallah!

Al-Quran menjelaskan dunia menjadi rosak sebab "tangan-tangan manusia" yakni kesan dari ilmu epistemology yang hanya nampak perkara zahir sahaja. Kita lihat begitu banyak kerosakkan yang telah berlaku hasil dari perkembangan ilmu sains (ilmu epistemology), ilmu yang hanya nampak benda-benda fizikal sahaja. Maka sudah sampai masanya kita melakukan pemulihan dan penambah-baikkan ke atas dunia yang samakin "uzur" ini dengan proses "Islamization of Knowledge", iaitu menyaring ilmu epistemology (membuang segala kotoran) melalui ilmu ontology (ilmu Al-Quran), dan Quranpedia sebagai enjin penjana ilmu ontology.



Metod QbQ Harapan Baru Pemuda Islam

Selama lebih lima 5 tahun saya berjuang dalam Islam terutama untuk memulihkan kembali keyakinan umat Islam terhadap kebesaran, keagongan, dan kehebatan kitab suci Al-Quran saya dapati orang-orang muda begitu dahagakan ilmu-ilmu dari Al-Quran, mereka menanti-nanti berita hebat dan gembira dari Al-Quran. Di setiap seminar dan ceramah yang saya pergi (bentangkan kertaskerja), saya dapati para pemuda lebih terbuka minda mereka, namun sayang sekali terdapat segelintir ulama yang sebaliknya. Maka tidak hairan Prof. Dr. Hamka mengatakan "orang-orang muda sangat dahagakan ilmu dari Al-Quran, namun para ulama telah mengadakan pelbagai syarat yang amat ketat (untuk mengkaji Al-Quran) sehinggakan hampir tidak akan ada sesiapa yang dapat memenuhinya".

Begitu juga keluh Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas ketika menyampaikan ucaptama Seminar Kebangsaan di UIA mengatakan "the greatest enemy of Islamization of Knowledge is not the western scholars but muslim intellectual themselves" (musuh paling besar dalam menjayakan proses pengislaman ilmu ialah para ulama Islam itu sendiri, bukannya para saintis Barat).

Malah pada seminar baru-baru ini ada seorang ulama yang telah lama berkhidmat di USIM mempersoalkan kerelevanan "I OK" (Islamization of knowledge). Saya menjawab selain dari nusus Al-Quran yang jelas, cubalah kaji pada hanfon yang tuan sedang gunakan sekarang. Dia mengakui kebenarannya sebab pernah melihat bagaimana sebiji telur boleh menjadi masak apabila diletakkan antara dua hanfon yang sedang aktif berkomunikasi. Saya menambah lagi, lihatlah di negara-negara maju di mana mereka telah menukar dari "free Wifi" (Wifi percuma) kepada "Wifi Free" (kawasan bebas dari pancemaran Wifi). Saya bertanya, adakah dia lihat perkara sebaliknya berlaku di Malaysia (dan negara-negara Islam yang lain). Kenapa ini terjadi? Kenapa Al-Quran suruh menapis semua ilmu sains Barat (epistemology) dengan menggunakan ilmu ontology dari Al-Quran?


Wajib "I OK": Menapis dan Membersih Ilmu Sains (Ilmu Epistemology)

Kita tidak nafikan terdapat banyak manfaat dan kebaikan dari ilmu Sains, iaitu ilmu yang dihasilkan dari kehebatan manusia menggunakan pacaindera mereka untuk mengkaji dan meneroka segala hukum, sifat, dan kejadian alam ini. Namun sebagaimana yang kita yakini pada Rukun Iman ke-6, iaitu wajib percaya kepada "Qadar" (Qada' dan Qadar) bahawa semua makhluk ini dicipta oleh Allah SWT dengan "qadar" masing-masing, dengan "had kemampuan masing-masing", dengan spesifikasi masing-masing, dengan kebolehan masing-masing, dengan "kadar" masing-masing. Tujuan Rukun Iman ke-6 ialah supaya manusia tahu bahwa semua makhluk adalah lemah, dan hanya Allah SWT Tuhan yang Esa lagi Maha Berkuasa lagi Perkasa, yang tidak ada "qadar", tidak ada had atau kelemahan padaNya. Yang wajib kita yakin dan percaya pada rukun Iman ke-6 ialah segala makhluk adalah lemah, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa.




Lihatlah sekarang pada pelbagai hasil daya kreatif manusia, hasil ilmu sains, ilmu epistemology, walaupun terdapat banyak manfaat, namun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Ini jelas membuktikan bahawa akal-fikiran dan kebolehan manusia ada had dan batasannya, tidak dapat menandingi ilmu dan kekuasaan Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam ayat Al-Qamar 54:49. Contohnya lihat pada ilmu dan teknologi komunikasi tanpa wayar.




Bacalah surat (artikel) di atas, dan kajilah pelbagai hasil kajian yang telah dibuat ke atas kesan buruk dan bahaya dari pencemaran radiasi gelombang elektromagnetik. Sekarang sudah terbukti terdapat kesan buruk dalam ilmu-ilmu sains (ilmu epistemology) yang diaplikasikan tanpa terlebih dahulu dimurnikan, di "I OK" kan, dengan ilmu Al-Quran (ilmu ontology). Oleh yang demikian, ilmu-ilmu yang dihasilkan melalui pacaindera manusia (ilmu sains) walaupun nampak hebat dan bermanfaat, namun ianya juga mengandungi banyak kelemahan dan bahaya yang boleh merosakkan alam dan pelbagai kehidupan. 

Cuba bayangkan kesan baik kepada alam dan ekonomi negara sekiranya ulama Islam dapat memurnikan ilmu wireless komunikasi melalui proses "I OK"? Sudah tentulah "Islamic Wifi atau hanfon" akan menjadi satu fenomena dan mendominasi ekonomi komunikasi tanpa wayar dunia. Bukan sahaja para ulama Islam membuktikan mereka maseh lagi relevan, malah membuktikan kehebatan dan kemukijzatan Al-Quran. Cuba bayangkan betapa besarnya pulangan ekonomi hasil dari "Islamic hanfon" ini berbanding dengan "Samsung" yang hanya mengeluarkan "generic hanfon"? 


Quranpedia Menjana Value-added Economy!

Cuba bayangkan apa akan terjadi sekiranya para ulama dan saintis bergabung dan dapat mengeluarkan Wifi dan hanfon yang mesra alam? Cuba bayangkan betapa besarnya sumber keuntungan? Betapa banyaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diadakan?




Cuba tengok bagaimana syarikat dari Korea "Samsung" sanggup mengambil risiko yang tinggi iaitu melabur RM 125 bilion pada tahun 2006 untuk menyediakan berpuluh ribu peluang pekerjaan baru dan dapat pulangan yang begitu lumayan sehingga RM 20 bilion setiap tahun (balik modal dalam hanya 7 tahun sahaja)! Sedangkan industri hanfon teramatlah "crowded", dan ianya hanyalah kira-kira 20% sahaja dari kesuluruhan industri ICT komunikasi tanpa wayar, yang bernilai bertrilion US dolar!

Adakah pelaburan untuk membina prasarana ilmu Quranpedia mencecah sampai RM 125bilion? Sudah tentu tidak, paling banyak pun hanya beberapa juta sahaja! tetapi apakah hasilnya dan kesannya? Apa kesannya kepada ekonomi negara, kepada dasar ekonomi tambah-nilai Najib Razak? Berapa ramai cerdik pandai dan para ulama akan dapat membina ekonomi baru, Quranomi, untuk negara? Berapa banyak industri akan mendapat mengecapi kesenangan dan kesejahteraan dari prasarana ilmu Quranpedia ini? Berapa banyak IPTA/IPTS yang akan dapat menjayakan visi dan slogan mereka untuk menjadi universiti yang terbaik di dunia apabila adanya prasarana ilmu Quranpedia?



IPTA Malaysia Berbelanja Besar!

Kesah IPTA Malaysia berbelanja besar dengan wang rakyat tetapi hasilnya tidak seberapa sudah mula terdedah kepada umum dan yang memburukkan lagi telah disedari diperingkat antarabangsa dan tidak boleh disembunyikan lagi di bawah permaidani. Dulu rakyat dan orang ramai tidak tahu apa yang berlaku di dalam IPTA/S tetapi kini sudah ramai rakyat yang membuka mata. Dulu bujet pendidikan ini hanya dibahaskan di Parlimen sahaja, hanya orang-orang tertentu sahaja tahu apa yang sebenarnya terjadi dengan duit rakyat berbilion ringgit ini.

Sekarang sudah ramai rakyat yang mula sedar, mereka bercakap tentang IPTA di warung dan di kedai-kedai kopi. Ada segelintir orang muda cepat naik angin dan panas baran, mereka mahu didengari, maka menggunakan kritikan yang melampau sehingga ada yang sanggup mempersendakan Islam (orang Melayu). Mereka mungkin tidak berniat untuk mempersendakan Islam, bukan sebab mereka bencikan Islam tetapi untuk menzahirkan perasaan tidak puas-hati mereka. 

Oleh yang demikian kita ambil segala kritikan dengan positif, walaupun amat pedih namun kita harus terima hakikat sebenar, kita akui kelemahan dan kesilapan kita. Kita bangkit semula untuk membetulkan dan menambah-baik keadaan, menambah-baik diri kita sendiri, menambah-baik cara orang Melayu (orang Islam) berfikir, bukannya bertindak-balas menghukum mereka. Kita ambil contoh Nabi Muhammad SAW tidak pernah menghukum atau bertindak balas terhadap wanita yahudi mempersenda dan menghina Baginda. Malah baginda rasul membalas dengan layanan yang baik ketika wanita yahudi itu jatuh sakit.  



Kita tidak boleh marah mereka sebab hak istimewa yang diberikan kerajaan kepada IPTA (orang-orang Melayu) agak besar. Malang sekali semakin besar perbelanjaan diberikan kepada IPTA semakin menggerudum jatuh ke bawah. Pening kepala menteri! Semakin besar cita-cita, semakin hebat visi dan slogan IPTA semakin rendah hasilnya, semakin tidak bermutu jadinya. Yang menjadi mangsa ialah para pelajar, para graduan, dan seluruh umat Islam (Melayu). 



Saya berharap IPTA/S terutama yang berlabelkan Islam, para ulama, terutama ketua-ketua dekan dan jabatan (terutama fakulti Islam) bersedia untuk meneliti dan mendalami projek Quranpedia ini. Projek ini sudah sampai ke tahap diluar kemampuan saya, tetapi merupakan "chicken feed" bagi mana-mana IPTA sebab mereka sudah ada prasarana yang lengkap dan pihak kerajaan pula sentiasa memperuntukkan perbelanjaan yang besar. Sepatutnya sudah ada beberapa IPTA yang tersenarai dalam "top 100" terbaik dan bukannya menggerudum ke paras bawah 400 dunia!


Ontology vs Epistemology 

Apabila berbincang tentang Quranpedia, kita mesti faham istilah "ontology", dan apabila bercakap tentang "I OK" kita mesti faham istilah "epistemology" dan juga "ontology". Kalau tidak faham berbezaan dan persamaan antara "ontology" dan "epistemology", maka tidak akan faham proses "Islamization of Knowledge". Apa benda sebenarnya "ontology" dan "epistemology" ini?




Apabila saya sebut perkataan "ontology" saya maksudkan ilmu yang dijana secara deduktif, secara top-down, secara dari general premis kepada spesifik konklusi, berdasarkan usul dari ayat-ayat mutasyabihat iaitu metod QbQ. Ianya berlawanan dengan "epistemology" yang mana ilmunya dijana secara induktif, secara bottom-up, dari spesifik premises kepada general konklusi.




Secara ringkasnya ilmu epistemology ini adalah ilmu yang dihasilkan dari pemerhatian atau penggunaan pacaindera (mata, hidung, mulut, telinga, dan kulit), atau dalam bahasa mudah ialah "ilmu sains" seperti yang dijana berdasarkan kajian makmal, atau pengembaraan angkasa-lepas, atau penggalian bumi, dan sabagainya. Sebagai contoh setiap kali balik kampung di Terengganu ayam akan berkokok sebelum subuh. Apabila balik kampung di Kelantan kita dapati ayam juga berkokok sebelum subuh, kita balik di Selangor ayam juga berkokok sebelum subuh, kita ke Jakarta dan Bukittinggi ayam juga berkokok sebelum subuh, dan di mana-mana kampung kita pergi kita dapati ayam akan berkokok sebelum subuh. Oleh itu kita buat kesimpulan semua ayam akan berkokok sebelum waktu subuh.


Ilmu Epistemology Ada Kelemahan

Ilmu yang diperolehi secara pemerhatian ini kita panggil ilmu epistemology. Ilmu "ayam berkokok sebelum subuh" tadi kita perolehi dari pemerhatian dan pengamatan (menggunakan deria dengar, telinga) sebab misalnya kokokan ayam mengganggu kekusyukkan solat tahjud kita. Walaupum ayam-ayam tadi mengganggu kita namun ianya ada juga kebaikkannya. Oleh kerana kita sudah tahu, sudah berilmu, sudah pandai sikit, sudah belajar dari kokokan ayam, maka apabila ayam berkokok kita tahu itu maknanya sudah hampir masuk waktu solat subuh. Dengan ilmu itu, "apabila ayam berkokok" maka kita pun bolehlah menutup solat malam kita dengan solat witir. Tanpa kokokan ayam-ayam tersebut, kadang-kadang kita terlepas solat witir.  

Kita perhatikan ilmu yang diperolehi secara epistemology ini, walaupun ada banyak kebaikkan namun terdapat juga kelemahan dan kekurangan. Kadang-kadang ada juga ayam yang terlupa berkokok pagi. Misalnya ayam-ayam di Malaysia, sejak zaman Hang Tuah lagi sehinggalah ke tahun 2000 (beratus-ratus tahun lamanya), memang tidak pernah lupa untuk berkokok sebelum subuh, tetapi setelah menjadi negeri maju, setelah adanya padang golf menjadikan kehidupan ayam-ayam di kampung tersebut tidak lagi aman dan tenteram. Lampu-lampu di padang golf yang terang benderang mengganggu waktu tidur ayam. Selalunya pukul 8 malam sudah lena dilamun mimpi tetapi sejak ada padang golf pukul 2 pagi baru dapat tidur setelah lampu-lampu dimatikan.

Dengan menggunakan contoh yang mudah ini, kita dapati ilmu-ilmu yang dijana dengan menggunakan pacaindera, iaitu ilmu epistemology, ada banyak kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini boleh memudaratkan alam dan juga segala kehidupan, termasuklah manusia. Oleh yang demikian ilmu-ilmu epistemology ini mestilah dimurnikan, mestilah ditambah-baik dengan ilmu-ilmu yang lebih sempurna yang lebih benar, yang lebih kekal iaitu ilmu ontology (ilmu yang dijana dari Al-Quran). Inilah metod saya untuk "I OK" (Islamization of Knowledge).

Proses "I OK" yang saya perkenalkan ini berbeza dari apa yang perkenalkan oleh Prof. Syed Naqib Al-Attas dan Prof. Dr. Ismail Faruqi. Proses "I OK" saya ini bukanlah retorik, tetapi berdasarkan proses pengkomputeran yang "mudah", mudah difahami dan mudah diaplikasikan. Apabila seseorang faham konsep Quranpedia, faham metod QbQ, faham konsep rekersif, artificial intelligence, knowledge base, faham propositional dan predicate calculus, speach act theory, tahu kaedah bahasa Arab, faham ayat-ayat muhkamat dan mutasyaabihat, dan serba sedikit ilmu-ilmu lain.  


Penciptaan Hanfon

Walaupun tidak secanggih ilmu-ilmu sains Barat yang lain, namun "kaedah pengeluaran" kokok ayam tadi adalah sama, iaitu secara epistemology. Lain-lain ilmu canggih seperti teori evolusi, teori conservation energy, dan teori wireless communication semuanya dijana menggunakan kaedah percubaan dan pemerhatian. Semuanya berdasarkan kecekapan pemerhatian pacaindera manusia seperti mata (deria penglihatan), telinga (deria pendengaran), hidung (deria bau), mulut (deria rasa), dan kulit (deria sentuh).

Contoh: ahli sains dapati apabila mereka menggerak-gerakkan magnet maka arus elektrik akan terhasil, dan sebaliknya apabila mereka alirkan arus elektrik maka medan magnet akan terhasil (dapat dikesan). Maka mereka mendapat idea baru untuk mengaplikasikan kedua-dua ilmu ini untuk mengadakan satu alat di mana boleh menukar dari gelombang bunyi kepada arus elektrik dan dari arus elektrik kepada gelombang magnet (electromagnetic wave). Gelombang elektromanetik boleh "meluncur" diudara, di angkasaraya dengan mudah, maka mereka mencipta satu lagi alat untuk menukar dari gelombang magnet kepada arus elektrik dan dari arus elektrik kepada gelombang bunyi. Hurray! Tercipta satu alat bernama "hanfon" (atau radio)!




Semasa menjana ilmu komunikasi tanpawayar ini (hanfon), mereka tidak mengambil kira kesan sampingan ke atas manusia, alam sekitar, dan sebagainya. Apa yang mereka tahu ialah barang-barang ciptaan mereka berguna kepada manusia, ada nilai komersial. Maka atas dorongan ekonomi ini pelbagai jenis hanfon direkacipta, semakin lama semakin kecil hanfon, semakin canggih, semakin berkuasa tinggi, semakin luas liputan, dan sebagainya. 

Mereka tidak sedar bahawa "peluncuran gelombang elektromagnetik" di angkasaraya boleh "melintas" dan "menembusi" dinding-dinding bangunan, kulit dan anggota tubuh-badan manusia (sel-sel), dan segala kehidupan lain. Mereka tidak sedar bahawa sel-sel juga berkomunikasi secara tanpa-wayar, bercantuman secara "ikatan kimia dan elektrik", dan sebagainya. Oleh yang demikian "pencerobohan" atau pencemaran pancaran elektromagnetik boleh membawa kemudaratan kepada sistem alam, kepada penghidupan lain, kepada alam sekitar seperti yang dijelaskan dalam ayat Az-Zariyat 51:8 "menjadikan akal fikiran bercelaru" dan 51:9 "menjadikan sel-sel berubah dari standard state (natural, tabi'i) kepada satu state baru" . 
  
Pemurnian Ilmu: Ilmu Ontology (Al-Quran) Menambah-nilai Ilmu Epistemology (Sains) 

Kita ambil contoh mudah bagaimana ilmu ontology (ilmu dari Al-Quran) boleh memurnikan ilmu epistemology (ilmu sains). Misalnya pemurnian (pengislaman) ilmu komunikasi tanpa wayar. Pada siri-siri yang lepas kita telah melihat sepintas lalu bagaimana ayat-ayat Az-Zariyat 51:1-4 menjelaskan ilmu komunikasi tanpa wayar. Pada ayat seterusnya iaitu 51:5-6 Allah menjelaskan bahwa teknologi wireless communication belum berlaku lagi pada zaman Nabi, namun ianya pasti akan berlaku (dan sudah terbukti ianya berlaku pada zaman kita ini).

Pada ayat 51:7 Al-Quran memberitahu bahwa terdapat banyak lorong-lorong mikrowave di angkasa-raya yang boleh digunakan untuk meluncurkan gelombang elektromagnetik. Perkataan "hubuk" bermakna seperti kesan pergerakan ular pada permukaan padang pasir (seperti gelombang). Lihat makna gambar di bawah makna "hubuk", dan beginilah bentuk gambar gelombang elektromagnetik.




Ayat 51:8 Allah menjelaskan kesan dan bahaya kepada manusia, iaitu akan membuatkan mereka menjadi berbeza-beza pendapat iaitu akal fikiran mereka menjadi bercelaru, suka kepada pendapat yang yang berbeza biarpun pendapat mereka salah (tidak selari dengan kahendak Al-Quran).  

Pada ayat 51:9 Allah SWT menjelaskan bukan sahaja akal-fikiran manusia jadi terganggu, jadi bercelaru, malah akan menukar dan mengubah state sel-sel, ion, molekul, DNA dan sebagainya kepada "state baru" yang berubah sifat (dari sifat asal yang natural) kepada sifat yang tidak normal.





Sila lihat lexicon Arabic-English Edward William Lane. Misal lihat kepada makna perkataan "hubuk" dan juga perkataan "afaka/ya'fiku" yang membawa makna "menukar state asal sesuatu benda kepada state atau keadaan lain" (change its state or manner from its original mode). 



Lihat dan kaji ayat 51:7-9 ini bagaimana  Al-Quran menjelaskan dengan terperinci akan bahaya dan kesan buruk pencemaran sinaran elektromagnetik kepada minda manusia dan juga kesan buruk kepada fitrah sel-sel kehidupan kepada "mode baru" yang tidak kompatibel antara sesama sel-sel (tidak boleh berkomunikasi).

Pada hari ilmu dan teknologi komunikasi tanpa wayar digunakan dengan meluas tanpa had, sedangkan Al-Quran menjelaskan bahwa ini adalah asas kepada setiap penjadian, iaitu 7 ayat pertama (51:1-7) merupakan blok asas kepada hukum pembinaan segala kejadian, termasuklah teleportation.

Oleh yang demikian, tanpa "I OK", tanpa "Islamization of Knowledge" ilmu-ilmu yang dijana secara epistemology, secara sains pemerhatian ini, secara penggunaan panca-indera boleh membawa kesan buruk kepada alam. "I OK" ialah untuk memurnikan ilmu "epistemology" dengan hukum dan fitrah alam supaya segalanya menjadi baik, menjadi selamat, menjadi teratur dan harmoni. 

Dengan kemurahan dan rahmah Allah SWT maka kitab Al-Quran diturunkan untuk menjelaskan ilmu-ilmu diluar batas pemikiran manusia, untuk menjelaskan hukum, fitrah, dan peraturan alam. Oleh kerana Al-Quran menjelaskan segala-galanya, semua perkara (An-Nahla 16:89), menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (Isra 17:12), dan tidak ada satu benda pun yang tidak dijelaskan (Al-An'am 6:38), malah mengajar manusia bagaimana untuk memahami ayat-ayat Al-Quran, maka marilah kita sama-sama berganding bahu menjayakan projek Quranpedia. Quranpedia adalah "prasarana ilmu" terpenting bagi umat Islam untuk melakukan "I OK" dan menjana value-added economy.   


Contoh Ontology Dari Al-Quran

Tadi kita telah melihat beberapa contoh tentang ilmu epistemology, iaitu ilmu yang dijana secara induktif berdasarkan pemerhatian, seperti ilmu "ayam berkokok sebelum subuh", magnet boleh menjana arus elektrik, dan arus elektrik boleh menjana gelombang magnet.

Sekarang kita lihat ilmu ontology yang akan kita jana dari kitab Al-Quran iaitu secara deduktif, iaitu dari usul (premis) umum kepada spesifik konklusi.

Contoh Pertama

Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW.
Ayat 51:8 (usul-2) Fikiran manusia boleh menjadi bercelaru.
Konklusi: Oleh itu terdapat gelombang-gelombang EM yang merosakkan fikiran manusia.  

EMW = electromagnetic wave (gelombang elektromagnetik)

Contoh ke-dua:

Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW
Ayat 51:9 (usul-2) EMW boleh membalikkan kedudukan pusingan asal elektron (fitrah asal)
Konklusi: EMW mengganggu sifat asal (fitrah) pusingan elektron (sel-sel kehidupan)

Cuba perhatikan apabila kita menukar ayat-ayat muhkamat kepada ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sama makna), maka kita akan dapat menjana banyak usul-usul (propositions). Contoh yang saya kemukakan di atas adalah di antaranya beberapa yang mudah.

Contoh ke-tiga:

Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW
Ayat 51:9 (usul-2) Elektron yang sudah terpusing boleh menjadi "misbehave" (tidak kembali kepada sifat normal)
konklusi: Ada sesetengah sel-sel boleh menjadi "misbehave" dan tidak dapat berkomunikasi dengan sel-sel lain.  

Maka antara ilmu ontology (ilmu dari Al-Quran) yang boleh kita jana dari 3 ayat ini (51:1-3) ialah:

1)  Angkasa-raya mempunyai banyak lorong elektromagnetik (EMW)
2) Terdapat lorong-lorong (EMW) yang merbahaya kepada akal fikiran manusia.
3) Terdapat lorong-lorong (EMW) yang merbahaya kepada sel-sel kehidupan (tetapi boleh menjadi normal).  
4) Terdapat sel-sel yang elektronnya terpusing secara kekal dan tidak dapat kembali kepada keadaan normal (kepada sifat asal, fitrah), langsung menjadi rosak.

Saya berharap tuan-puan para pembaca dan pengkaji dapat sedikit ilmu pada siri kali ini seperti faham istilah "ontology" dan "epistemology", dan juga tahu bagaimana untuk menjana premis (usul) dan konklusi dari pemerhatian pacaindera (untuk menjana ilmu epistemology), dan tahu membina usul dan konklusi dari ayat-ayat Al-Quran untuk menjana ilmu ontology.


Wallahu a'lam. 



bersambung ....

Thursday, April 11, 2013

Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) Mukjizat Abad ke-21

Qur'analyst/pengarang: Khalid Yong   khalidyong@gmail.com


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana maseh diberi masa, ruang dan peluang untuk kita semua meneruskan pengkajian kitab Al-Quran, kitab yang maha agung, yang lebih baik dari segala-gala kitab samada yang sedang mahupun yang akan dikarang (Al-Quran Yunus 10:58), lebih baik dari "kitab" super-super komputer.



Marilah kita berselawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, sekalian nabi dan rasul, para sahabat dan para tabiin, juga kepada seluruh pejuang Islam, para alim-ulama, para pembaca dan seluruh muslimin/mat dan mukminin/nat. 

Dengan izin Allah SWT kita berjumpa lagi dalam siri "Kajian Al-Quran dan ICT", iaitu kajian ayat Quran dengan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ). Konsep QbQ ini telah digunakan dengan meluas dalam industri ICT (komputer) misal semantic web, DB management system (DBMS), Knowledge Base System (KB), Artificial Intelligence (AI), Expert System (ES), Business Intelligence (BI), dan sebagainya. Metod yang digunakan Barat ini hanyalah 1% dari metod QbQ yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kenapa umat Islam tidak mahu bersungguh-sungguh mengkaji ilmu dan teknologi QbQ ini?  

QbQ ini adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah SWT kepada seluruh manusia bagi abad ke-21 ini. Oleh itu saya ingin menyarankan kepada setiap universiti yang "berlabelkan Islam" supaya mewajibkan setiap pelajar mengambil kursus "overview QbQ", dan kepada pelajar dalam jurusan Islam terutama pengajian Al-Quran dan Al-Hadith supaya mengambil 2-3 subjek QbQ sebab mereka akan menjadi sumber rujukan, menjadi pengkaji dan penjana ilmu-ilmu dari kitab Al-Quran.

Saya yakin sesiapa sahaja yang belajar dan faham metod QbQ ini, hati mereka akan terusik, terpesona, kagum dan ta'jub dengan kehebatan, kecanggihan dan ketinggian kitab Al-Quranul Karim. Tentu mereka akan tertanya-tanya bagaimana kitab Al-Quran yang diturunkan pada 1,400 yang lampau boleh mengandungi ilmu yang lebih hebat dari super-super komputer.


QbQ Mukjizat Abad ke-21


Marilah kita semua berganding bahu bersatu tenaga bersama-sama menjayakan metod QbQ ini sebab metod QbQ yang kita bina ini, yang berasaskan ICT (komputer) barulah hanya 1% dari apa yang terkandung dalam Al-Quran. Sekiranya umat Islam mahu kembali menjadi khalifah dunia, mahu kembali membina keagungan dan ketamadunan Islam, marilah kita semua sama-sama kembali kepada kitab Al-Quran yang penuh dengan mukjizat ini.

Pada hakikatnya tidak ada metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) sebab nama "Al-Quran" itu sendiri sudah pun membawa makna "perhubung-kaitan antara sesama ayat Quran", sudah pun bererti QbQ. Sama seperti "database", tidak ada orang sebut "database dengan database" sebab orang sudah faham "database" itu bermakna "datanya berhubung-kait sesama sendiri". 

Kita janganlah salahkan sesiapa, jangan salahkan para alim ulama agama sebab mereka juga sudah bekerja keras, sudah bertungkus-lumus untuk menjayakan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) ini, namun sehingga abad ke-20 tidak ada yang menyerlah. Ini semua adalah kahendak dan ketentuan Allah SWT, Dia mahu membuktikan kepada manusia bahawa Al-Quran itu kitab yang sesuai sepanjang masa dan zaman. Maka mukjizat-mukjizat yang terkandung di dalamnya "dilepaskan", dikeluarkan berdikit-dikit (tidak sekali gus) dari zaman ke zaman. 

Sekarang zaman ICT dan super-super komputer, maka Allah SWT membuktikan bahawa Al-Quran itu lebih hebat dan lebih canggih dari super-super komputer! Allah SWT telah "melepaskan" satu lagi mukjizat hebat dari kitab Al-Quran iaitu metod QbQ, yang lebih hebat dari ICT dan super-super komputer, untuk membuktikan Al-Quran kitab yang melampaui zaman dan peradaban, yang sesuai hingga ke hari kiamat.


  
Membina Teleportation


Saintis Barat sudah hampir ke tahap tepu, sudah hampir ke tahap maksima, sudah tidak boleh pergi lebih jauh lagi. CERN (hadron collider) dan Fermilab (particle accelarator) sudah berjaya memecahkan "proton" iaitu satu unsur dalam nuklues (bukannya kereta "proton" saga buatan Malaysia). Mereka tidak akan mampu memecahkan foton atau elektron sebab ianya terlalu halus, terlalu-lalu kecil iaitu berada pada tahap "semi-fizikal", "semi-ghaib", "semi-existence". Kalau pun mereka mampu, hanyalah membuat model matematik sahaja.



Tetapi umat Islam, ada Al-Quran kitab yang dapat menjelaskan segala perkara, segala hukum dan peraturan alam baik yang fizikal (berjisim) mahupun yang meta-fizik, "beyond physic", yang ghaib, yang tidak berjisim. Sekira umat Islam mahu "memintas" kehebatan Barat, misalnya mahu menjana ilmu dan membina enjin "teleportation" maka tidak ada jalan lain selain kembali kepada Al-Quran, sama-sama  membina QbQ.




Hanya dengan Al-Quran sahaja manusia boleh membina teknologi hebat seperti "teleportation" sebagaimananya yang dijelaskan di dalam surah An-Naml 27:38-40 iaitu "boleh memindahkan Istana kerajaan Ratu Balqis dalam sekelip mata sahaja". Di dalam ayat 27:40 ini Allah SWT menjelaskan ilmu-ilmu orang kafir tidak dapat menandingi ilmu-ilmu dari kitab Al-Quran. Apa yang kita lihat dalam filem "Star Trek" hanyalah lakonan sahaja, namun Al-Quran menjelaskan ilmu dan teknologi "teleportation" memang benar-benar wujud dan sudah pun berlaku. Adakah anda tidak percaya? Adakah anda kata Al-Quran itu cerita-cerita karut dan dongeng?




Pada surah Al-Anbiyak 21:5, Allah SWT menjelaskan segala apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah benar belaka, bukannya cerita karut, bukannya dongeng, bukannya khayalan. Bagaimana mahu mengeluarkan 10 lautan-dakwat ilmu dari Al-Quran? Marilah kita sama-sama berusaha dan bersatu tenaga membina Quranpedia yang berasaskan metod QbQ. 


Metaphysic: Beyond Matter, Beyond Energy

Pada abad ke-21 ini, sains fizikal atau sains berjisim akan sampai ke tahap kemuncak. Makmal CERN dan Fermilab yang bernilai beratus bilion ringgit itu akan menjadi seperti "reban ayam" berbanding dengan makmal Quranpedia. Makmal CERN dan Fermilab tidak akan mampu mengkaji fenomena sains metafizik, sains "semi-ghaib", sains yang tidak boleh diteka (unpredictable), yang tidak boleh diuji dalam makmal.

Insyaallah, Makmal Quranpedia akan menjadi makmal pertama di dunia yang mengkaji dan menjana ilmu sains, menjana ilmu hukum-hakam alam, menjana ilmu reality, ilmu kewujudan, ilmu existency, secara filosofi, secara ilmu mantik, secara ilmu kalam, secara ilmu usul logik seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Apabila sampai tahap sub-atomik, tahap elektron, foton, meuon, nutrino, tahap semi-ghaib, tahap ghaib, tahap metafizik, maka makmal-makmal yang berasaskan fizikal tidak akan berfungsi lagi. Makmal-makmal ini tidak akan mampu mengkaji perkara-perkara ghaib seperti "nyawa" (menukar hidup ke mati, dan sebaliknya), iaitu unsur utama dalam teknologi "teleportation", tetapi Al-Quran telah menjelaskannya.



Pada ayat Al-An'am 6:95 Al-Quran menjelaskan tentang "pembelahan nukleus" dan tentang "penukaran dari hidup ke mati, dan sebaliknya", dan pada siri yang lepas kita sudah mengkaji ayat n-Nahl 16:48 yang menjelaskan tentang E=MC2, yang mejelaskan tentang bagaimana segala makhluq dijadikan. Ilmu dan teknology menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup yang dapat dikaji melalui kitab Al-Quran sahaja.

Saintis Barat tidak akan dapat mengkaji "daakhirun" dalam makmal fizikal sebab makmal fizikal hanya dapat mengkaji "real particle", bukan "bayang-bayang" partikel. 



Al-Quran bukan sahaja menjelaskan tentang kejadian segala makhluq Allah, malah menjelaskan dengan mendalam tentang kejadian makhluq yang hidup, iaitu daripada air.




Kajilah ayat Al-Anbiyak 21:30 di mana Allah menjelaskan benda hidup dijadikan dari air. Semua "clue" dan usul yang diperlukan untuk menjana ilmu dan teknologi "teleportation" sudah dijelaskan dalam Al-Quran seperti memecah nukleus, mematikan yang hidup dan menghidupakan yang mati, dan sebagainya. Masih tidak percayakah kita bahwa Al-Quran menjelaskan ilmu dan teknologi "teleportation" dengan jelas lagi terperinci?

Oleh yang demikian sekali lagi saya menyeru kepada para pembaca. para pengkaji, para saintis, para ICTis, para alim ulama di mana saja berada, marilah kita sama-sama bekerjasama membina prasarana ilmu "Quranpedia" yang berasaskan QbQ. Marilah kita sama-sama menjana ilmu dan teknologi baru. Marilah kita sama-sama mengembalikan keagungan Islam, dan meletakkan agama Islam pada tanda-aras yang sebenarnya, selayaknya, yang sesuai dengan agama yang maha benar, yang maha suci, yang telah diberikan kitab yang maha agung, yang maha hebat, kitab Al-Quranul Karim.



Al-Quran "Evergreen" Bermukjizat Sehingga Kiamat

Metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran secara QbQ ini tidak pernah diberi "nafas baru" sejak ianya mula-mula diturunkan 1,400 tahun yang lampau. Kalau kita merujuk kepada kitab "Ulumul Quran" yang ada sekarang, metod QbQ ini boleh diajar dalam masa tidak sampai 30 minit. Padahal metod QbQ ini satu mukjizat yang teramat hebat, yang tidak akan habis dikaji dan dipelajari walaupun untuk 1,000 tahun lagi.

Al-Quran tidak seperti buku-buku biasa. Al-Quran bersifat "tasrif", bersifat rekersif. Sifat rekersif inilah yang menjadikan Al-Quran itu "evergreen", sentiasa relevan, sentiasa dapat menjana ilmu-ilmu baru yang bermanfaat kepada manusia. Apabila kita belajar ilmu-ilmu ICT (komputer), barulah kita faham rupanya Al-Quran itu sendiri sudah terlebih dahulu mengandungi ilmu-ilmu ICT. 

Sekiranya Al-Quran itu sama seperti buku-buku biasa, ianya sudah lama menjadi "gajah putih", sudah lama obsolete dimakan zaman. Tetapi lihatlah pada ayat Ar-Ra'd 13:7.




Ayat Ar-Ra'd 13:7, menjelaskan bahwa mukijizat Al-Quran (yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW) bukan habis pada zaman baginda sahaja, malah akan terus terserlah pada sepanjang zaman dan peradaban. Lihatlah bagaimana Al-Quran merentasi pelbagai zaman seperti menghadapi cabaran zaman peradaban bahasa dan kesusasterawanan, menghadapi zaman peradaban filosofi dan mantik, zaman peradaban sains dan teknologi, dan kini zaman peradaban ICT dan komputer.  

Insyaallah, Metod QbQ yang sama-sama kita bina ini akan membuktikan Al-Quran lebih hebat dari super-super komputer, lebih terkehadapan dari zaman dan tamadun ICT. Ada yang bertanya bagaimana "propositional logic" dapat menjana ilmu-ilmu baru "unlimited knowledge" untuk menjelaskan segala perkara sedangkan Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat?


"Ahsanal Hadith" = Speech Act Theory (Teori Tindakan Percakapan)

Jawapannya ialah pada ayat Az-Zumar 39:23 iaitu "Ahsanal Hadith" atau "speech act theory" atau "teori tindakan/perlakuan percakapan". Apabila diQurankan ayat 39:23 dengan ayat 3:7, maka kitab Al-Quran akan menjadi kitab yang amat kaya dengan usul-usul, penuh 10-lautan usul (oceans of propositions, trilions of propositions), infiniti!

Saya berharap akan ada para cendiawan Islam yang akan membuat "teori perlakuan percakapan" seperti yang dibuat oleh John Searle yang antara lain menjelaskan tentang tindakan-tindakan "perlocutionary", "illocutionary", dan locutionary". Oleh kerana belum ada lagi para alim ulama bahasa dari pakar-pakar Al-Quran dan Al-Hadith yang mengeluarkan "teori perlakuan percakapan" seperti yang dikahendaki Al-Quran (ayat Az-Zumar 39:23), maka saya mengguna-pakai teori Barat yang ada ini.




Insyaallah kita akan liputi (cover) topik ini dengan lebih mendalam di siri-siri akan datang. Maka teori perlakuan/tindakan percakapan inilah yang akan membolehkan "propositional logik" (logik mantiq) menjana pelbagai usul dan seterusnya menjana ilmu-ilmu baru. Masyaallah hebatnya Al-Quran! Tetapi untuk mengeluarkan pelabagi usul, para pembaca mesti faham dan arif dengan maksud dan kahendak ayat-ayat "muhkamat", "mutasyabihat", dan larangan Allah SWT "ma-tasyabaha-minhu" iaitu jangan sama sekali menyamakan segala usul dengan sifat dan zatNya.



Al-Quran Kitab Usul Yang Diulang-ulang (mutasyabihan mathaani)  

Saya berharap para pembaca akan mendapat sedikit idea, nampak bayang-bayang kenapa kita disuruh mengkaji ayat-ayat mutasyabihat dan kita tidak boleh mengatakan ianya ayat-ayat yang samar-samar yang mesti ditinggalkan, yang mesti dijauhi. Umat Islam akan terus mundur kebelakang sekiranya maseh lagi berpegang bahwa ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang mesti dihindari, yang tidak boleh dikaji.  




Allah SWT menyatakan seluruh kitab al-quran 6,666 adalah ayat-ayat muhkamat, dan Allah SWT juga mengatakan seluruh ayat-ayat al-Quran 6,666 ayat adalah juga ayat-ayat mutasyabihat. Malah 6,666 ayat mutasyabihat itu boleh diulang-ulang lagi, menjadi 10,000 ayat, menjadi 20,000 ayat, menjadi sejuta ayat, menjadi beratus-ratus juta ayat hinggalah ke infiniti.

Tidakkah konsep "kitaban mutasyabihan mathaani" ini tersangat hebat? Masyaallah!



Al-Quran Lebih Hebat Dari Alam Cakerawala

Dalam ayat 51:20-21 Allah SWT menyuruh manusia mengkaji alam-raya, suruh mengkaji dalam diri sendiri; yang menyambut seruan ini ialah para saintis Barat. Malang sekali segelintir alim ulama Islam asyik bercakaran sesama sendiri, asyik kafir mengkafir, dan menanam perasaan benci-membenci sesama sendiri sebab mereka berbeza pendapat tentang zat dan sifat Allah. Apa yang Allah larang, itulah yang mereka buat. Allah melarang manusia mengkaji sifat dan zat Allah, Allah melarang berbahas tentang "ma-tasyabaha-minhu". Dalam ayat 42:11 dan 6:103 Allah menjelaskan manusia tidak akan faham hakikat Allah SWT, tidak faham zatNya.

Kalaulah hal-hal tentang alam ini sendiri pun manusia tidak dapat memahami sepenuhnya, bagaimana mungkin manusia memahami sifat dan zat Allah SWT. Cuba kita bayangkan kita ini seperti seekor semut, dan kita berjalan-jalan di atas keyboard komputer, kita tidak pernah dan tidak akan tahu pun tentang komputer, yang kita tahu hanya alam kita iaitu mencari madu dan gula. Kalaulah terjumpa gula dicelah-celah keyboard maka kita fikir komputer itu berguna (berguna sebab ada gula, bukannya sebab ada komputer, bukan sebab kecanggihannya!). 

Kita lihat bagaimana Allah SWT mencipta dan mengatur alam ini, lihat bagaimana matahari yang panas itu boleh terapung-apung di ankgas, bagaimana bulan mengelilingi bumi, dan bagaimana berbilion-bilion cakerawala lain bergerak dengan teratur dan harmoni. 



Kita lihat pula dalam diri kita sendiri bagaimana Allah SWT menyusun 100,000,000,000 sel-sel (100 trilion), dan dalam setiap sel ini terdapat 6,000,000,000 pasang DNA (6 trilion)! Dan cuba kaji bagaimana trilion of trilion DNA ini berfungsi dan berkomunikasi sesama DNA lain dalam kromosom atau nukleus (gene expression), dalam selnya sendiri atau dengan 100 trilion sel-sel lain misalnya untuk mengeluarkan kod mRNA (menjana protin) atau membentuk sel-sel khusus untuk kegunaan organ tertentu? Proses ini berlaku setiap detik, setiap saat dalam setiap DNA segala kehidupan seperti manusia, binatang, dan tumbuhan. Dan segalanya sudah ditulis di dalam kitab Al-Quranul Karim.



Al-Quran Menjelaskan Hukum Alam



Di dalam ayat Al-Hadid 57:22 Allah SWT menjelaskan segala hukum-hakam dan peraturan alam sudah pun ditulis di dalam kitab Al-Quran. Allah menjelaskan segala hukum dan peraturan ini tidak akan diubah, tidak akan ditukar, maka sebab itu para saintis boleh mengeluarkan pelbagai formula seperti E=mc2, Newton Laws, Thermodynamic Laws, dan sebagainya.

Kenapa kita tidak boleh nampak segala hukum dan "Laws" ini tercatit dengan jelas dalam Al-Quran? Mana dia E=mc2, apa yang jelas (mubin)? Sebab itu ada segelintir alim ulama bertanya "Ayat mana yang menjelaskan tentang solat zohor (4 rakaat), solat maghrib (3 rakaat)", dan sebagainya. Inilah cabaran besar yang saya hadapi apabila berbincang dengan segelintir para alim ulama. Saya tidak dapat menjawab soalan mereka sebab saya bukanlah pakar agama, sepatutnya merekalah yang mengkaji dan memberitahu kepada saya. Bukannya cuba menghasut saya supaya menjadi ragu-ragu,  menjadi tidak yakin kepada Al-Quran. 

Misalnya  katakan saya ini seorang pembuat pukat (untuk menangkap ikan), maka saya tahu pelbagai jenis pukat, macamana nak design pukat, jenis-jenis benang, pelampung dan batu pemberat, dan sebagainya. Tetapi jangan tanya saya di mana terdapat banyak ikan kembong, ikan tenggiri, ikan salmon, macam nak buat minyak ikan, vitamin apa yang ada dalam ikan keli, dan sebagainya. Saya kaji Al-Quran dari perspektif ICT, jadi saya "nampak" ilmu-ilmu ICT (komputer) dalam Al-Quran, para ustaz pula pakar dalam bidang agama jadi mereka seharusnya nampak ilmu-ilmu agama dan peribadatan. Kalau mereka tidak nampak ilmu-ilmu agama dalam Al-Quran, janganlah disalahkan kitab Al-Quran, janganlah pula sanggup kufur dengan ayat-ayat Allah dan janganlah pula mengajak orang lain untuk sama-sama engkar, sama-sama kufur kepada janji dan penjelasan Allah (ayat-ayat Al-Quran).

Kalau mereka boleh terima dan percaya kitab komputer yang hanya ada dua huruf sahaja ("0" dan "1") boleh keluarkan segala ilmu, segala bentuk tulisan, gambar, dan suara kenapa mereka tidak boleh terima dan percaya bahwa kitab Allah (yang menggunakan 36 huruf) boleh menjelaskan segala perkara, boleh menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci? Subhanallah! Ini semua adalah janji-janji Allah SWT bukannya rekaan atau pendapat saya sendiri.


Wajib Patuh SURUHAN dan LARANGAN Nabi Muhammad SAW

Saya bukanlah anti-hadith, sesiapa yang nak mengkaji hadith, membuka institut hadith, fakulti hadith, mahu mengkaji ayat-ayat Quran dengan menggunakan hadith, dan sebagainya dipersilakan. Saya juga menggunakan sunnah rasulallah SAW, kita WAJIB patuh kepada SEMUA SURUHAN Nabi Muhammad SAW, Nabi suruh umat Islam mengerjakan solat sebagaimana dia lakukannya maka kita semua wajib mengerjakan solat, Nabi Muhammad SAW suruh kita semua mengeluarkan zakat, maka wajib kita semua keluarkan zakat, Nabi suruh kita berpuasa di bulan Ramadhan maka kita semua wajib berpuasa di bulan Ramadhan, dan sebagainya. Kita semua WAJIB mengikut SEMUA suruhan Nabi Muhammad SAW samada iainya bertulis atau tidak bertulis.

Begitu juga sekiranya Nabi Muhammad SAW MELARANG kita minum arak, melarang berzina, melarang sembah berbahala, melarang menulis hadith-hadithnya (selain dari ayat-ayat Quran), dan sebagainya maka kita semua WAJIB juga PATUH, dan menjauhi segala LARANGANnya. Semua suruhan dan larangan ini dipatuhi oleh para sahabat, para taab'in, dan taabi' tab'in (100 tahun pertama Islam), tetapi selepas 100 tahun mereka tidak mahu lagi berpegang kepada larangan supaya jangan menulis hadith. Kita jangan bergaduh, kita jangan kata para ulama melakukan kesalahan sebab mereka membuat fatwa berlandaskan kepada dalil dan keperluan semasa.


Semua amalan peribadatan yang diwajibkan Al-Quran telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dan dinyatakan dengan jelas; samada bertulis atau tidak ianya telah ditunjukkan dan diamalkan seperti yang disuruh oleh Nabi. Tujuan peribadatan ialah untuk mencapai keyakinan terhadap kekuasan dan ke Esaan Allah SWT, jangan menyengutukan Allah SWT dengan apa jua sesuatu. Allah SWT tidak menjadikan agama Islam untuk menyusahkan manusia, bukan untuk menyempitkan kehidupan manusia.



Oleh yang demikian perkara remeh-temeh seperti bolehkah menggunakan mikrofon untuk azan, bolehkah azan banyak kali (sebab terdapat banyak masjid/surau yang berdekatan menggunakan "loud-speaker"), bolehkah berwuduk banyak kali, bolehkah mandi junud banyak kali, dan sebagainya tidak sepatutnya menjadi isu besar. Yang penting ialah semakin hari keyakinan kita terhadap keesaan dan kekuasaan Allah SWT semakin bertambah, semakin padu, semakin solid. Kalaulah mandi junub banyak kali itu betul-betul dapat meningkatkan tahap keimanan, maka teruskan mandi sehingga puas? Kalau tidak, mandi sekali (setiap berjunub) cukuplah. Kemudian fokuslah sepenuh hati ketika solat (makna ayat-ayat Al-Quran) sehingga mencapai tahap keyakinan yang mantap.



Kenapa Nabi Muhammad SAW Puji Hanya 3 Genarasi Sahaja? 


Adakah Nabi Muhammad SAW tahu bahwa selepas 100 tahun (3 generasi) para ulama tidak lagi patuh kepada larangan nabi supaya tidak menulis hadith-hadith? Kita orang awam jangan buruk sangka kepada para ulama sebab apa yang mereka buat adalah satu maslahah, satu strategi demi untuk kebaikkan agama Islam. Dari Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhuma, bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:




Adakah hadith di atas ini bertentangan dengan ayat Al-Quran yang mengatakan umat Muhammad adalah sebaik-baik umat (Ali-Imran 3:110) yang dikeluarkan (sepanjang masa dan zaman)? Kenapa Nabi Muhammad SAW hanya berbangga dengan 3 generasi pertama sahaja (100 tahun sahaja)?  Apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadith ini? Kenapa Nabi SAW begitu kecewa dengan umat selepas itu sehingga baginda pergi mengadu kehadapan Allah SWT yang mana kekecewaan Nabi Muhammad SAW ini dirakam di dalam Al-Quran (Al-Furqan 25:30)?




Apakah kesalahan yang paling besar yang telah dilakukan oleh umat Islam selepas 100 tahun itu sehingga menyebabkan umat Islam menjauhkan diri dan meninggalkan kitab Al-Quran?  Apakah faktor yang menjadikan iman mereka semakin terhakis dan menipis (terhadap kitab Al-Quran)? Apakah ciri-ciri utama yang terdapat pada 3 generasi pertama umat Islam, tetapi tidak ada lagi pada zaman sekarang ini? Kenapa pada 100 tahun pertama Islam tidak ada para sahabat, tidak ada para taabi'in, dan tidak ada para taabi' tabi'in yang berani menulis hadith-hadith Nabi?

Kita sekarang ini sedang mencari jalan terbaik bagaimana untuk mengembalikan semula kegemilangan agama dan umat Islam, bukannya terus bergembira dengan umat Islam yang ada pada hari ini yang amat dhaif lagi hina, yang berburuk-sangka dan bermusuhan sesama sendiri sehingga menjadi terlalu lemah sampaikan tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri! 

Oleh itu para ulama mestilah membuat kajian tahap manakah penolakkan dan penerimaan antara Hadith dan Quran di kalangan umat Islam, dan mesti berusaha membetulkan semula keadaan agar kitab Al-Quran diyakini sebagai kitab rujukan seharian (bukannya hanya setakat baca ayat kursi dan surah yasin sahaja tanpa mengetahui makna), dan dijadikan sebagai prasarana ilmu, dan di masa yang sama mesti berusaha untuk melengkapkan 600,000 hadith-hadith yang dikaji oleh Imam Bukhori agar ianya boleh dijadikan sumber rujukan yang lengkap.


Kenapa Kaji Al-Quran Tidak Hadith?

Saya ulang lagi sekali saya bukanlah anti-hadith. Saya sendiri cuba mengkaji hadith-hadith, cuba mencari 600,000 hadith yang dikatakan dihafal dan dikaji oleh Imam Bukhori (namun hanya mampu jumpa kira-kira 20,000 hadith sahaja - 3% sahaja). Kalau hanya terdapat 3% sahaja hadith bagaimana boleh kita mengkajinya. Misalnya kalau kita mahu mengkaji manusia, dan hanya ada 3% bahan sahaja (mungkin ada tangan sahaja), maka sudah tentu kita akan membuat konklusi bahawa rupa manusia adalah seperti tangan. Hasil kajian kita itu betul dan tepat (berdasarkan kepada sumber yang ada), tetapi adakah manusia itu seperti tangan?

Kita harus yakin dan percaya bahwa Imam Bukhori memang mengkaji lebih dari 600,000 hadith sebab kalau hadith menjelaskan segala ayat-ayat Al-Quran maka sudah tentu terdapat hadith-hadith yang menjelaskan tentang kejadian matahari, bulan, bintang, air, oksigen, hidrogen, DNA, komputer, wireless teknologi, dan sebagainya. Sudah tentulah terdapat beratus ribu hadith, atau berjuta-juta hadith. Tetapi di dalam sahih Bukhori terdapat kira-kira 10,000 hadith sahaja, lain-lain (590,000 hadith) mungkin tersimpan di mana-mana. Oleh itu sesiapa yang ada akses kepada kesemua hadith-hadith ini bolehlah membuat kajian mendalam. 

Disebabkan saya tidak dapat akses kepada khazanah 600,000 hadith ini, maka lebih baik saya tumpukan kepada kajian ayat-ayat Al-Quran. Sebab yang pertama ialah Allah SWT sendiri yang perintahkan umat Islam supaya mengkaji Al-Quran, Sebab ke-2 ialah, Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu sudah 100% lengkap dan sempurna, Allah SWT yang mengatakan Al-Quran menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci, tidak ada sesuatu apapun jua yang tertinggal (yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran). Sebab ke-3 ialah Allah SWT telah berjanji bahwa hanya Kitab Al-Quran sahaja yang dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, kepada kemenangan, kepada keagungan dan kemulian!

Dan apabila saya mengkaji ayat-ayat Al-Quran, semakin hari semakin terserlah kebenaran dan hakikat janji-janji Allah SWT. Saya dapat melihat sendiri ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan ilmu dan teknologi komputer seperti rekersif, ontologi, wireless communication, knowledge base, artificial intelligence, dan sebagainya. Kajian saya ini bukannya "ala kadar" sahaja, bukannya kerja "cut & paste", bukannya mereka-reka makna sendiri agar seolah-olah terdapat ilmu komputer dalam Al-Quran, tetapi memang benar-benar dari makna asal perkataan arab itu sendiri (yang terdapat dalam mana-mana kamus atau lexicon), dari susunan nahu dan kaedah bahasa Arab, dan sebagainya. Kemudian saya berbincang dengan para ulama seperti mufti, ahli majlis fatwa, guru-guru bahasa arab, dan bentang dipelbagai konferans antarabangsa yang dihadiri oleh para ulama dari pelbagai universiti Islam. Semuanya setuju, semuanya kata betul.



Al-Quran Mematahkan Logik Akal Manusia

Akal manusia mungkin mampu mengadakan pelbagai logik dan alasan untuk menolak segala kejadian dan penciptaan alam ini sebab mereka kata alam ini boleh terjadi dengan sendiri. Tetapi mampukah akal manusia menolak kehebatan Allah SWT mencipta Al-Quran? yang hanya dengan 6,666 ayat boleh menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci? 

OK, alam-universe boleh terjadi dengan sendiri, secara natural, secara evolusi, tetapi mungkinkah kitab Al-Quran boleh terjadi dengan sendiri? Kalau ianya boleh terjadi dengan sendiri kenapa tidak ada buku-buku lain, kitab-kitab lain yang terjadi dengan sendiri? 



Adakah mampu Nabi Muhammad SAW seorang yang ummi,yang buta huruf, yang tidak pandai menulis dan membaca, yang tidak pernah pergi ke sekolah, menulis sebuah kitab sehebat ini? Bagaimana dia mampu menyusun ayat-ayat Al-Quran sedemikian rupa seolah-olah dia seorang pakar dan pereka super-super komputer, pakar dalam ilmu KB, AI dan rekersif, pakar dalam ontologi dan web teknologi, pakar dalam ilmu komunikasi tanpa wayar, pakar dalam nuklear fizik, pakar dalam nanotek, dalam biotek, dan sebagainya? 

Tidakkah ini membuktikan bahawa Al-Quran yang lebih hebat dari sekalian alam ini juga ada penciptanya? Ada pengarangnya yang jauh lebih hebat dari Al-Quran itu sendiri? Kalaulah Tuhan itu boleh mencipta dan menjadikan Al-Quran, yang jauh lebih kompleks dan canggih dari alam ini, maka kenapakah maseh ada di antara manusia yang tidak percaya bahawa alam ini ada penjadinya dan ianya tidak terjadi dengan sendiri. 


Allah SWT kata "Al-Quran adalah Makhluq"

Tidak dinafikan kitab Al-Quran adalah lebih hebat dari segala kejadian lain, lebih hebat dari penciptaan alam cakrawala, penciptaan bintang-bintang, bulan dan matahari, tetapi ia tetap benda yang dijadikan Allah SWT. Ianya tidak terjadi dengan sendiri. 




Di dalam surah Az-Zukhruf ayat yang ke-3 (43:3) Allah SWT dengan jelas memberitahu kepada seluruh alam bahwa Al-Quran adalah kitab yang dijadikan, iaitu Allah SWT yang mencipta dan menjadikan kitab Al-Quran. (Saya berterima kaseh kepada pembaca yang ingatkan saya supaya berhati-hati ketika menyamakan Al-Quran dengan super-super komputer sebab dia kata Al-Quran itu bukan makhluk, mereka kata Al-Quran itu adalah sebahgian dari Allah SWT, Al-Quran itu adalah zat Allah SWT).

Cuba perhatikan ayat 43:3 (di atas) Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu adalah makhluk, benda yang Dia jadikan, sama seperti bulan, bintang, matahari, manusia, dan sebagainya semuanya Dia yang menjadikannya. Al-Quran bukanlah Tuhan (atau zat tuhan), sebab banyak nas-nas Al-Quran:

1) ayat 43:33 "kitab yang dijadikan", setiap benda yang dijadikan adalah makhluq.

2) ayat 85:22 "Al-Quran bertempat Di Luh-Mahfuz", setiap makhluq memerlukan ruang dan bertempat, tetapi Allah SWT tidak bertempat, tidak tertakluk kepada ruang dan masa. 

3) ayat 15:9 "Al-Quran perlu dijaga". Benda yang perlu dijaga adalah lemah, tetapi Allah SWT adalah maha perkasa.

Allah SWT tidak sama dengan segala makhlukNya (42:11), dan tidak ada satu makhluk pun yang mampu membuat apa-apa gambaran tentang Allah SWT (6:103). Allah menyamakan sifat makhluk dengan diriNya untuk menjadikan Al-Quran itu kitab yang mudah difahami, yang jelas (mubin), bukannya untuk memberitahu kepada manusia tentang sifat dan zatNya sebab kalau dijelaskan sekalipun tidak akan dapat difahami, tidak akan dapat digambarkan oleh otak dan minda manusia.


"Ma-Tasyabaha-Minhu" untuk Jadikan Quran Jelas (mubin)!

Yang menjadikan umat Islam terkeliru ialah sebab mereka tidak faham makna dan kahendak ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, dan ma-tasyabaha-minhu. Sila rujuk kepada artikel lepas "Quranpedia: Mutasyaabihat vs Ma-Tasyabaha-Minhu" tentang perkelasan ayat-ayat Al-Quran.


ayat "ma-tasyabaha-minhu" bermakna "apa yang Dia samakan denganNya", iaitu Allah melarang manusia mengkaji apa yang Dia samakan denganNya, melarang manusia mengkaji  sifat dan zatNya. Yang dilarang ialah mengkaji sifat dan zat Allah SWT, bukannya melarang mengkaji ayat-ayat "mutasyabihat". Malah ayat-ayat mutasyabihatlah yang Allah SWT suruh manusia kaji sebab ianya mengandungi petunjuk (hudan).

Misal apabila Allah kata "Dia menjadikan manusia dengan tanganNya", yang tidak dibenarkan ialah mengkaji "tangan Allah", bukannya ayat-ayat Al-Quran. Allah SWT menyuruh manusia mengkaji kesemua ayat-ayat Al-Quran, semua sekali 6,666 ayat. Yang dilarang, yang tidak dibenarkan ialah mengkaji sifat dan zat Allah. Misal mengkaji tentang kejadian manusia, manusia bebas membuat apa-apa usul, apa-apa bayangan tentang tangan Allah, samada 5 jari, 10 jari, 100 jari dan sebagai, tetapi janganlah beranggappan, janganlah berittikad bahawa Allah SWT itu ada tangan, ada jari, dan sebagainya. Dan kita janganlah melencong pula dari kajian kita, janganlah pula cuba mengkaji tangan Allah (yang hendak kita kaji ialah ilmu-ilmu yang terkandung dalam kejadian manusia dari tanah).



Dengan mengkaji ayat-ayat mutasyabihat (misalnya kejadian manusia dari tanah guna tangan Allah) ini maka manusia akan dapat menjana ilmu baru misal ilmu piezoelektrik dan piroelektrik, dan seterusnya dapat membina teknologi baru seperti nano generator untuk menghasilkan tenaga elektrik, menghasil "green energy" dari pergerakan kenderaan atas jalanraya seperti dibuat di negara Israel.



Kalam Allah: Impak Kenderaan Ke Atas Struktur Banguan

Kita ambil contoh lain. Ingat dan faham: Allah SWT menyuruh menusia mengkaji ayat-ayat Al-Quran (ayat-ayat mutasyabihat) dan melarang dari mengkaji zat dan sifatNya, yang disamakan dengan makhlukNya "ma-tasyabaha-minhu". Mari kita kaji ayat Al-Hasyr 59:21. Apabila mengkaji ayat ini teringat saya kepada soalan dari seorang pembaca iaitu dari seorang pensyarah dan juga jurutera awam (calon PhD).

Dia bertanyakan saya "bagaimana Al-Quran menjelaskan impak pergerakkan kenderaan ke atas struktur bangunan". Saya tidak dapat menjawab soalannya sebab saya tidak tahu (civil engineering bukan bidang saya), dan saya tidak dapat membantu apa-apa selain menyuruhnya mengkaji sendiri dalam Al-Quran.


Pertama sekali kita ambil ayat-ayat yang ada ontologi "struktur" seperti gunung-ganang, kapal-kapal, istana, dan sebagainya. Untuk ringkaskan cerita kita ambil ayat 59:21. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan struktur gunung akan hancur apabila Al-Quran diturunkan ke atasnya.

Apabila mengkaji ayat ini kita mungkin akan membuat banyak usul (propositions) misalnya Al-Quran sebagai "Kalam Allah". Oleh kerana Allah SWT tidak sama dengan makhlukNya, maka kita akan buat usul "kalam Allah menggunakan elektromagnetik". Al-Quran membenarkan kita membuat usul seperti ini, TETAPI melarang manusia dari berittiqad bahwa kalam Allah berelektromagnetik, ini tidak boleh.


Membina Pelbagai Usul

Al-Quran itu dikatakan "Kalam Allah" (6:115) agar manusia boleh faham dan boleh membuat pelbagai usul ke dalam ayat-ayat mutasyabihat; setelah membuat usul kalam Allah (elektromagnetik) maka kita akan kaji kesan dari elektromagnetik ke atas struktur bangunan sepert kesan dari bateri kereta, penggunaan hanfon, gps, peruwapan gasoline, dan sebagainya.




Allah SWT tidak melarang manusia membuat atau menukar usul ke dalam ayat-ayat Quran yang sedang dikaji, yang dilarang ialah mengkaji zat "Kalam Allah", mengkaji adakah Allah berkata-kata guna bahasa Arab, adakah Allah bersuara guna microwave, dan sebagainya. Mengkaji zat Allah Ini yang dilarang.   


Tujuan Allah SWT menyamakan diriNya dengan makhluq, bukannya supaya manusia boleh buat gambaran atau bayangan terhadap sifat dan zat Allah SWT, tetapi agar manusia boleh membuat usul dan proposition yang manasabah untuk ditasrifkan ke dalam ayat-ayat mutasyabihat.

 Dengan memahami konsep dan kahendak ayat-ayat "mutasyabihat" dan "ma-tasyabaha-minhu" manusia akan dapat membuat beratus juta usul dan proposition, hampir-hampir infiniti! Tetapi sekiranya kita tidak faham dan masih berpegang kepada konsep lama, maka kita tidak akan dapat mengeluarkan apa-apa ilmu dari Al-Quran melainkan hanya apa yang nampak secara kasar sahaja.


Ulang Banyak Kali


Sila baca dan perhati baik-baik

Allah SWT tidak melarang manusia mengkaji ayat-ayat mutasyabihat dengan memasukkan, menukar-gantikan pelbagai usul tentang zat dan sifat Allah SWT yang dia samakan dengan sifat makhluqNya. Manusia bebas membuat apa saja usul samada "kalam Allah" itu mempunyai huruf dan perkataan, menggunakan gelombang elektromagnetik, dan sebagainya.

Tetapi jangan berittikad Allah SWT itu ada kalam, ada huruf dan perkataan, ada suara; tidak boleh sama sekali. Kita hanya dibenarkan untuk membuat usul dan ditasrif ke dalam ayat-ayat yang sedang dikaji, ayat-ayat mutasyabihat.

Jangan sekali-kali "memuhkamatkan", jangan sekali-kali berittikad bahwa Allah SWT itu bersifat seperti makhlukNya. Cuba hafal ayat 42:11 dan 6:103, dan bacalah dalam solat. Ini tersangatlah penting untuk membetulkan akidah umat Islam, dan mengelakkan kita semua dari berpecah belah. Ini tersangatlah penting sebab apabila kita mengkaji ayat-ayat mutasyabihat kita akan membuat bermacam-macam usul termasuklah menyamakan sifat dan zat Allah dengan sekali macam makhlukNya. Kita hanya dibenarkan untuk membuat usul, bukanya untuk berittikad. 

Apabila kita membuat pelbagai usul tentang zat dan sifat Allah maka kita mestilah sentiasa berzikir, sentiasa ingatkan kepada ayat 42:11 "Allah tidak sama dengan apa-apa sesuatu" dan 6:103 "tidak ada makhluk yang mampu membuat apa-apa gambaran terhadap zat dan sifat Allah".  Kita hanya guna "tangan Allah", "Nur Allah", "Wajah Allah", "kalam Allah" dan sebagainya hanyalah untuk membuat usul untuk ditasrifkan ke dalam ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sedang dikaji) bukannya untuk membuat ittikad bahawa Allah ada tangan, ada wajah, ada kalam, ada cahaya, dan sebagainya.


 "Tadabbur" adalah istilah ICT (komputer) = "ontologi" 

Lihat dan kajilah ayat ke-24 pada surah Muhammad (47:24). Perkataan "tadabbur" adalah berasal dari perkataan-akar (root word) "dabara/yadburu" yang bermakna "mengikut dari belakang secara berdekatan atau berturutan" (to succeed or follow from behind). Orang Melayu menggunakan perkataan "dubur" untuk merujuk kepada "bahagian belakang". Perkataan ini diulang sebanyak 44x dalam Al-Quran.




Mari kita fokus kepada perkataan "tadabbara/yatadabbaru" dari kahendak bahasa Arab, ianya adalah dari wazan ke-5 "tafa'ala/yatafa'alu" ianya bererti "menyuruh diri sendiri memikirkan semula kesan perturutan dari keseluruhan membaca 6,666 ayat Al-Quran" (to reflect on the result after seeing or going thru 6,666 verses of Al-Quran), Sila rujuk kamus "Arabic-English Dictionary for Advanced Learners ms 194", (J.G. Hava, 2001) dan "Arabic-English Lexicon, Edward William Lane ms 844-846, vol. 3".

Kita ambil contoh perkataan lain yang agak mudah, misalnya "'alima/ya'lamu" yang bermakna "mengetahui" (to know), apabila ditukar dari wazan-1 ke wazan-2 "'allama/yu'allimu" membawa makna "menyuruh orang (lain) menjadi tahu" maksudnya "mengajar" (to teach), dan wazan ke-5 ialah "ta'allama/yata'allamu" yang bermakna "menyuruh diri sendiri menjadi tahu" maksudnya "belajar" (to learn).


Lagi Contoh

Lagi contoh; misalnya perkataan "hakama/yahkumu" bermakna "menghukum" apabila ditukar kepada wazan-5 "tahakkama/yatahakkamu" bermakna "menyuruh diri sendiri menghukum" maksudnya "bertindak sesuka hati, diktator". Perhatikan bahawa bahasa Arab adalah sistematik, ianya mengandungi makna-makna yang "tersembunyi" yang hanya akan difahami oleh orang yang arif dalam kaedah bahasa Arab.

Untuk rengkaskan cerita, dengan wazan ke-5, dengan fi'il mudorik, jamak (plural), dan domir ghaib (orang ke-3), ianya membawa makna Allah SWT menyuruh setiap pada diri para alim ulama sentiasa berbincang dan bermuzakarah untuk membina dan mengemaskini ontologi Al-Quran. Oleh yang demikian sebelum hukum hudud dijalan (ke atas orang awam), maka para ulama terlebih dahulu wajib membina ontologi Al-Quran secara menyeluruh dan bersepadu.



 Membina "ontology Al-Quran"

Lihat perkataan "tadabbara/yatadabbaru" membawa makna "menyuruh diri sendiri melakukan pengekoran atau perturutan kepada keseluruhan 6,666 ayat-ayat Al-Quran". Sekiranya kita faham konsep semantik web, maka kita akan faham bahwa makna dan kahendak perkataan "yatadabbaru" dalam ayat 47:24 ini ialah supaya membina membina "ontologi", membina "perekoran". Yang disuruh dalam ayat 47:24 ini ialah membina ontologi Al-Quran, membina "perekoran ayat-ayat Al-Quran", bukannya ambil sepotong ayat Quran kemudian duduk termenung dan berfikir (menunggu ilham turun dari langit)!

Ayat ini menyuruh para alim ulama mengkaji apa yang sudah ada di depan mata mereka, baca dan selidiki dengan mendalam keseluruhan 6,666 ayat Al-Quran. Macam kita mengkaji bandar Kuala Lumpur atau Jakarta atau New York, kita lalui segela ceruk dan jalan, segala lorong-lorong, segala tempat menarik, mercu tanda dan sebagainya, bukannya hanya masuk dalam KLCC dan termenung melihat air pancut!


Dalam ayat Al-An'am 6:115 Allah SWT menjanjikan bahawa Al-Quran itu sudah lengkap dan sempurna. Sekiranya Al-Quran itu tidak lengkap dan sempurna bagaimana mungkin kita membina "ontology". Maka apabila ayat 47:24 diqurankan dengan ayat 6:115 maka terhasilah ilmu baru iaitu "ilmu tadabbur", ilmu ontologi. Ayat ini berkahendakkan alim ulama supaya membuat kajian ke atas ayat-ayat yang sudah dibelakangi, yang sudah dijejaki, yang sudah dibaca, yang sudah dijelajahi, yang sudah dilalui, yang sudah ditempohi. Oleh kerana Al-Quran itu sudah lengkap dan sempurna, maka ontologinya juga seharusnya lengkap dan sempurna.  

Cuba kaji dan perhatikan lagi kepada ayat 47:24 ini, kenapa "yatadabbaruun" itu dalam bentuk  jamak (plural), dan fi'il mudorik (sedang berlaku, present and future tense). Tidakkah ianya membawa makna bahwa ontologi Al-Quran harus dibina secara menyeluruh, secara bersepadu (merangkumi pelbagai bidang ilmu), secara berpasukan dan bukannya secara persaorangan? Tidakkah bentuk "fi'il mudorik" itu pula membawa makna ontologi yang dibina haruslah sentiasa dikaji, sentiasa kemaskini! 

Tidakkah kahendak ayat 47:24 ini selari dengan konsep tasrif (rekersif) antara ayat-ayat Muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat, selari dengan kahendak ayat Ali-Imran 3:7? Tidakkah apabila terbina ontologi akan memudahkan memilih ayat-ayat yang hendak dikaji, yang hendak dibuat usul?

  

Betulkan Persepsi

Saya berharap para pembaca dan pengkaji Al-Quran akan dapat membetulkan minda dan persepsi terhadap maksud dan kahendak "ma-tasyabaha-minhu" agar selari dengan kahendak Al-Quran. Sekiranya perkara yang agak mudah ini boleh menimbulkan pelbagai kekeliruan, perbalahan dan permusuhan maka bagaimana mungkin umat Islam dapat memahami ilmu-ilmu yang lebih kompleks, rumit, dan mendalam yang terkandung dalam kitab Al-Quran.

Allah SWT menyamakan zatNya dengan sifat-sifat makhluqNya seperti "Kalam Allah", "Wajah Allah", "Tangan Allah", "Cahaya Allah", dan sebagainya bukannya untuk memberitahu sifat dan zat Allah SWT tetapi untuk "menjelaskan segala perkara, segala ilmu" kepada manusia dengan mudah dan jelas.



Cuba kaji ayat Al-Baqarah 2:1-2, Allah SWT mengatakan "Alif-Lam-Mim, itu adalah kitab yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya", kenapa Allah SWT tidak meneruskan saja kitab ini dengan tiga huruf sahaja (Alif, Lam, dan Mim), misalnya "Alif-Lam-Mim Mim-Lam-Lam Mim-Mim-Mim-Lam ...." dan sebagainya?



Kenapa kitab Al-Quran dikatakan mubin (jelas)? cuba bayangkan sekiranya Allah SWT menurukan Al-Quran dalam bentuk digitial "01001100 11001000 10111100 ..." adakah ianya jelas? adakah manusia akan dapat menerimanya? 

Sudah tentu manusia pada zaman itu akan mengatakan Nabi Muhammad SAW orang gila. Sedangkan Al-Quran yang jelas (dalam bahasa Arab) pun boleh ramai yang menolakknya, inikan pula kalau diturunkan dalam bentuk digital?





Kesimpulan

1.   Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) adalah satu mukjizat besar pada abad ke-21 kepada seluruh umat Islam. Metod QbQ ini adalah prasarana ilmu Quranpedia yang lebih baik dari CERN dan fermilab untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam sebagai pusat ilmu dunia.

2.   Metod QbQ membuktikan kitab Al-Quran adalah lebih hebat dari super-super komputer, membuktikan Al-Quran adalah kitab yang sesuai dan relevan di sepanjang zaman dan tamadun.

3.   Metod QbQ yang ada pada hari ini, yang berasaskan super-super komputer, hanya baru 1% dari kehebatan dan kecanggihan sebenar metod QbQ yang dijelaskan dalam Al-Quran. Metod QbQ tidak akan menjadi obsolete, dan akan terus dikaji, terus difahami dan ditambah-baik sehinggalah sampai ke hari kiamat.

4.   Sains fizikal sudah sampai tahap maksima, sudah tidak mampu mengkaji fenomena sains yang semi-fizikal, beyond physic. Quranpedia akan menjadi makmal metafizik sains yang pertama di dunia, insyaallah.

5.   Untuk menjayakan QbQ, memerlukan kepada teori "ahsanal hadith", iaitu "speech act theory" (teori perlakuan percakapan) untuk menjana pelbagai usul untuk ditasrif ke dalam ayat-ayat mutasyabihat, dan juga membina "ontologi" atau "perekoran ayat-ayat Al-Quran" iaitu pelbagai konsep "knowledge domain".

6.   Para pengkaji Al-Quran mestilah memahami konsep dan kahendak ayat-ayat mutasyabihat dan "ma-tasyabaha-minhu". Ayat-ayat Mutasyabihat bukanlah ayat-ayat yang samar-samar, ianya adalah juga ayat-ayat yang jelas (mubin). Allah SWT tidak menjadikan kitab Al-Quran sebagai tempat "bermain" untuk menguji keimanan manusia; Al-Quran adalah sumber ilmu untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.  

7.   Kepada semua pengkaji Al-Quran mestilah hafal dan faham ayat 42:11 "Allah SWT tidak serupa dengan apa jua makhlukNya" dan ayat 6:103 "tidak ada manusia yang mampu membuat apa-apa gambaran tentang zat dan sifat Allah SWT". Namun Allah SWT memberi kebebasan kepada manusia untuk membuat pelbagai usul TETAPI jangan sekali berittiqad Allah bersifat seperti makhlukNya. 

8.   Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu adalah makhluq, benda yang dijadikan (43:3). Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu bertempat dan memerlukan ruang (85:22), sedangkan Allah SWT wujud tanpa memerlukan tempat dan ruang. Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu perlu penjagaan (15:9) sedangkan Allah SWT maha berkuasa tidak memerlukan kepada makhluqNya. Jangan sekali-kali kita syirik kepada Allah SWT, jangan samakan Allah SWT dengan apa jua sesuatu.

9.   Tujuan Allah SWT samakan makhluk dengan zatNya (ma-tasyabaha-minhu) adalah untuk menjadikan Al-Quran mudah dan jelas (mubin), bukannya untuk memberitahu zat dan sifatNya. Jangan mengkaji sifat dan zat Allah SWT sebab ianya diluar batas dan kemampuan manusia.

10.  Untuk membina Quranpedia, umat Islam mestilah membina "tadabbur" (ontologi Al-Quran) seperti yang dituntut pada ayat 47:24 dan 6:115. Konsep "tadabbur" adalah konsep ICT.

11.  Untuk membina usul-usul para pengkaji Al-Quran mestilah membina teori "ahsanal hadith" atau "speech act teori" atau "teori perlakuan percakapan" seperti tindakan perlocutionary, tindakan locutionary, dan tindakan illocutionary.