Ada beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah:
1.
Mengenal diri.
Apabila kita menceburkan
diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai
seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh
diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti
mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan
lain-lain
Mudarris
bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain.
Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang
Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar
boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun
mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah
atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori
mudarris.
Mu`allim
ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31
menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang
membawa makna mengajar perkara yang benar.
Murabbi pula
bermaksud mendidik. Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang.
Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara
binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik
anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang. Pemakaian ini disentuh
di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa
kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan
mengasihi kita semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di
dalamnya menasihat dan membimbing.
Muaddib
bermaksud mengajar adab. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak,
sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada
mendidik anak-anak supaya beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga
ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi
tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar
dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.
Dai`e
bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya
guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya
melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah
terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.
Raais
bermaksud ketua atau pemimpin. Di dalam sekolah guru adalah ketua.
Apa sahaja kata guru akan diikut oleh murid. Ketua yang berwibawa haruslah
mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan tugasnya sebagai guru dan ketua.
Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap dan
penghayatan Islam.
Nasih dari
segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat.
Maksudnya di sini ialah kaunselor. Jadi guru haruslah menyediakan masa
untuk mendengar masalah murid dan seteruskan memberi cadangan, bimbingan dan
nasihat. Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia boleh
juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.
Sekarang, cuba renungkan.
Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua
nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah
pengajarannya memberi kesan yang baik, bukan sahaja dalam aspek kognitif,
malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.
2. Menguasai Ilmu
Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3
jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.
Ilmu Bidang ialah
ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang
kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu
agama lah bidang kita. Justeru guru agma mesti dalam pengetahuannya
tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru
sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran
lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak
dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat
menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.
Ilmu Fardhu Ain
bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah
Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab
setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya.
Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa
yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan
terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga.
Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan.
Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua
memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.
Ilmu Alat pula
bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna.
Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Kerani misalnya
memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan
ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi,
prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan
lain-lain.
3. Mengenal murid.
Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa. Adakah murid ini
bermasalah sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain.
Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa, sosioekonomi, dan tujuan murid itu
dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa, atau untuk
mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.
4. Mempunyai
kepakaran pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah terdapat
murid-murid dan benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan
lain-lain. Guru perlu tahu bagaiman hendak mengurus segala kelengkapan
bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan nampak ceria
dan kondusif. Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah
kedudukan murid di dalam kelas. Yang kecil, yang besar, yang degil, yang
lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.
5. Menguasai
kemahiran starategi pengajaran. Strategi pengajaran ada dua, iaitu
Strategi Profesional dan
Strategi Kasih Sayang. Strategi profesionl termasuklah merancang,
memilih tajuk, menyusun fakta, menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan
soalan dan sebagainya. Manakala strategi kasih sayang ialah pendekatan
sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak. Menolong, menasihat, bermesra
dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang
dibenarkan.
No comments:
Post a Comment