Soal jawab Agama





Kiblat Umat Islam PDF Print E-mail
Assalamualaikum
saya ingin menanyakan satu soalan yang berkaitan tentang kiblat umat Islam iaitu, benarkah umat Islam menyembah Kaabah? sila beri penjelasan yang lebih tepat dan lengkap bagi soalan tersebut.
Terima kasih.
 
 

Jawapan :
Umat Islam di seluruh dunia semuanya menyembah Allah SWT Yang Esa, tidak ada yang menyembah Kaabah, kerana solat menghadap Kaabah sebagai kiblat adalah sebagai satu simbolik sahaja yang mana ia bertujuan menyatupadukan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Samada di barat, timur, selatan mahupun utara semuanya menghadap satu tempat semata-mata menyembah Allah SWT.

Hukum Ibadah Qurban PDF Print E-mail


1. Apakah maksud ibadah qurban dan hukum melakukan ibadah qurban dalam Islam ?

2. Bagaimanakah perlaksanaan ibadah qurban ?

Jawapan
Soalan 1

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana
beribadah kepada Allah s.w.t., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)


Soalan 2

Perlaksanaan Ibadah Qurban

  • Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."


Hukum Ibadah Aqiqah PDF Print E-mail
 

Apakah hukum melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam ?
 
Jawapan

Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
 
 
Hukum makan daging Aqiqah PDF Print E-mail

Saya ada kemusykilan mengenai aqiqah. Ada orang berpendapat daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan akikah dan ia perlu disedekahkan semuanya ,manakala pendapat kedua mengatakan daging boleh dimakan.
Boleh Datuk jelaskan mengenai hal ini? Soalan kedua, seorang kawan memberitahu, orang yang tidak melakukan aqiqah tidak boleh melakukan ibadah korban. Adakah ini benar? Bolehkah kita melakukan aqiqah untuk diri sendiri (jika ibu bapa tidak mampu ketika kecil dulu) dan adakah syaratnya juga sama?
Jawapan :
Memang benar daging aqiqah tidak boleh dimakan orang yang melakukan aqiqah itu saja. Bagaimanapun ahli keluarga yang lain boleh memakannya, tetapi jika sekadar merasa ketika memasak daging aqiqah dibolehkan. Seperti mana dam, orang yang melakukan dam saja tidak boleh memakannya.
Jika anak berumur kurang dua tahun, sebaiknya diutamakan aqiqah daripada korban. Jika bagi orang dewasa, dia boleh melakukan korban walaupun tidak melakukan aqiqah.
Aqiqah ialah ibadah sunat yang dilakukan ibu bapa untuk anak-anak, jika tidak dilakukan atas apa alasan pun tuan tubuh tidak perlu melakukannya. Sebaliknya bila kita dewasa yang sunnah dilakukan ialah korban dan bukan aqiqah.
 
 
Makanan mempengaruhi akhlak manusia PDF Print E-mail

Sejak kebelakangan ini akhbar mendedahkan pelbagai berita mengenai penjualan banyak makanan yang ada unsur haram di pasaran.
Malangnya, kebanyakan makanan itu adalah makanan harian seperti mi dan ayam (yang tidak disembelih dengan betul).
Rakan memberitahu, makanan ini boleh menghitamkan hati dan inilah punca wujudnya pelbagai masalah sosial serta tidak mudah menjinakkan hati umat Islam terhadap agama.
Adakah ia benar? Adakah memakan makanan ini (walaupun tanpa pengetahuan) akan menghitamkan hati? Adakah kita sebagai pengguna turut menanggung kesalahan (dan adakah ia berdosa) kerana tidak tahu?

Jawapan :
Apa yang kita makan mempengaruhi akhlak dan sifat manusia. Rasulullah saw sangat prihatin soal ini serta berpesan pada sahabat yang bertanya cara memudahkan doa dimakbul Tuhan supaya menjaga makanan serta makan makanan yang halal dan baik saja.
Makanan yang tidak halal sumber atau zatnya akan membawa kesan pada hati serta amalan tidak diterima Tuhan. Kedua-dua pengguna dan penjual mempunyai tanggungjawab tersendiri.
Pengusaha yang melabel halal pada makanan adalah berdosa jika sengaja mengabaikan unsur halal, yang mana ia seolah-olah menipu pengguna.
Pengguna pula mesti prihatin dengan memilih barang halal saja dan wajib memastikan ia halal. Pada yang tidak tahu, wajib bertanya dan menyiasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan laman web e-halal dan senarai yang dapat kita semak. Pengguna wajib menyemak supaya tidak tertipu.
 

Hukum Membuat Kenduri Cukur Rambut PDF Print E-mail


Apakah hukum membuat kenduri "cukur rambut" anak yang baru di lahirkan dan bagaimana cara sebenarnya yang dituntut dalam Islam ?
Jawapan
Membuat kenduri "gugur rambut" bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan kenduri ini amatlah digalakkan dalam Islam.

Caranya ialah :
Pertama: Niat dan tujuan membuat kenduri ialah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan cahayamata.
Kedua: Dicukur kepala anak itu kemudian ditimbang rambut anak itu dan kemudian bersedekah dengan emas atau wang sekadar mana dinilai rambut kanak-kanak tadi.
Ketiga: Membuat Aqiqah.
Keempat: Beri nama kepada anak tadi dengan nama-nama yang baik dan mulia.


Hukum memakai gelang kaki dan tangan berloceng PDF Print E-mail


Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?
Jawapan:
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"
Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..


Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol PDF Print E-mail


Assalamualaikum,
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan..  
Jawapan.
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang..
 

 

1 comment:

  1. assalamualaikum, bagaimana pula had aurat anak perempuan tiri dengan ayah tiri setelah anak perempuan tiri tersebut kematian ibu kandungnya dan sekarang ini ayah tiri tersebut telah berkahwin dengan wanita lain? yang bermakna, anak perempuan tiri tersebut telah mempunyai ayah tiri dan ibu tiri...apakah had aurat anak perempuan tiri tersebut dengan ayah tirinya sekarang? mohon penjelasan

    ReplyDelete